Tempoh glasier akhir Tempoh_glasier

Tempoh glasier akhir merupakan tempoh glasier yang paling lepas dalam zaman ais kini, yang berlaku semasa epok Pleistosen, iaitu bermula lebih kurang 110,000 tahun dahulu dan tamat lebih kurang 12,500 tahun dahulu. Pengglasieran yang berlaku semasa tempoh pengglasieran ini melitupi banyak kawasan di Hemisfera Utara dan mempunyai pelbagai nama, bergantung kepada agihan geografinya:: Wisconsin (di Amerika Utara), Devensian (di Great Britain), Midlandian (di Ireland), Würm (di Alps), Weichsel (di Eropah tengah), dan Llanquihue di Chile. Kemaraan glasier mencapai tahap maksimumnya lebih kurang 18,000 tahun dahulu. Di Eropah, litupan ais mencecah sehingga utara Jerman.